Tarikh | : | 17 November 2017 |
Masa | : | 8.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubok Merbau |
Tujuan
Mempromosikan serta memberi penerangan, taklimat dan pendedahan modul aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat. Hal ini adalah bertujuan untuk meluaskan lagi penggunaan Dashboard Komuniti di kalangan pengguna Pusat Internet 1Malaysia memandangkan modul-modul aplikasi ini memberi faedah dan kelebihan tersendiri kepada komuniti.
Aktiviti
Antara aktiviti atau modul yang dijalankan adalah MyShop, MyHealth, MyKomuniti, MySoal & MyPlace. Melalui MySop, telah dianjurkan Pertandingan Aneka Kerepek di mana komuniti boleh membawa pelbagai kerepek yang dihasilkan sendiri ke Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubok Merbau untuk dipertandingkan. Kemudian, peserta akan ditunjukajar cara-cara menangkap gambar produk yang lebih menarik dan memuatnaik gambar produk mereka ke laman MyShop untuk dipasarkan.
Bagi Aplikasi MyHealth pula, pengunjung boleh membuat pemeriksaan tekanan darah dan berat badan secara percuma. Lebih menarik lagi, rekod-rekod pemeriksaan ini akan direkodkan secara atas talian dan pengunjung boleh menyemak dan memantau sejarah rekod kesihatan mereka. Selain itu, turut diadakan program advokasi seperti Klik Dengan Bijak dan Kuiz Kahoot.