mcmc
Laporan Aktiviti

Karnival Muafakat Komuniti Felda Lubok Merbau

Tarikh  :  28 Januari 2018
Masa  :  9.00 Pagi – 2.00 Petang
Lokasi  :  Dewan Orang Ramai, Felda Lubok Merbau

DSC 0124

Tujuan

Karnival Muafakat Komuniti Felda Lubok Merbau ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada barisan pemimpin dan komuniti yang sentiasa bermuafakat dalam membangunkan rancangan Felda Lubok Merbau ini. Turut diraikan adalah peneroka-peneroka yang sentiasa gigih memberikan hasil yang tertinggi sepanjang tahun. Selain itu, karnival ini juga memfokuskan kepada pembangunan usahawan di sekitar komuniti Felda ini. Program ini juga mengambil kesempatan melancarkan skuad Kelab Bola Sepak Remaja Felda Lubok Merbau dan penjenamaan semula jambu madu kepada nama baru iaitu ‘Loceng Merah’ yang mana merupakan produk pertanian keluaran Felda Lubok Merbau.

 

Karnival Muafakat Komuniti ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Padang Terap Dato’ Seri Mahawangsa Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid. Turut hadir meraikan adalah ADUN Pedu, Puan Hajah Kama Noriah binti Ibrahim dan Setiausaha Politik di Kementerian Kewangan Malaysia, Datuk Paduka Ghazali bin Ibrahim.

 

Pihak Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap turut dijemput membuka booth bagi mempromosikan PI1M khususnya aplikasi Dashboard Komuniti dan Kempen Klik Dengan Bijak.

 

Aktiviti

– Penyampaian Anugerah dan Sijil

– Pameran Agensi

– Booth Jualan Usahawan

– Pemeriksaan Kesihatan

– Sukaneka

– Cabutan Bertuah

 

Galeri Gambar | Keratan Akhbar 1 | 2 | 3 | 4