


Karnival Makanan jalanan terbaik Negeri Kedah yang melibatkan 70 vendor dengan lebih 500 menu pelbagai pilihan.
Program anjuran Forward Kedah, ditaja oleh Millennial Gen serta anjuran bersama Kerajaan Negeri Kedah, Pusat Internet 1Malaysia dan Amanah Ikhtiar turut menampilkan lebih 10 side event seperti charity ride, qasidah, forum perdana, forum perniagaan oleh AIM, taklimat pembiayaan Oleh Mara, Pelancaran produk Oleh Millennial Gen, pertandingan karaoke, pertandingan andaman dan banyak lagi.
Slot Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Utara bersama-sama Pusat Internet 1Malaysia pada 28 Oktober 2017 jam 5.30 petang iaitu Ceramah bertajuk Viral: Syurga atau Neraka.
Semua dijemput hadir.