Tarikh | : | 09 Februari 2018 |
Masa | : | 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubok Merbau |
Tujuan
Program ‘LEGO Challenge’ ini bertujuan untuk menjana kreativiti dan minda pelajar. Ia juga menguji tahap pemikiran pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah. Pemainan LEGO ini juga dapat meningkatkan kreativiti kerana LEGO melibatkan imaginasi dan daya pemikiran selain dapat memperkembangkan lagi kemahiran kognitif mereka. Malah ia amat bermanfaat dalam menajamkan minda kerana dengan adanya blok LEGO yang berwarna-warni.
Aktiviti
Permainan LEGO perlu disusun dan dibentuk untuk dijadikan pelbagai jenis model. Pelajar menyusun LEGO sepertimana yang ditunjukkan dalam kertas manual. Permainan LEGO sebenarnya boleh membantu pelajar dalam koordinasi motor halus iaitu kemahiran mata dan tangan di mana perlu mencantumkan satu blok ke blok yang lain dengan tepat pada ruangan atau lubang yang betul. Permainan LEGO ini juga dapat membantu kemahiran logikal pelajar seperti mengenal warna, ruang, saiz dan bentuk.