Usahawan Tempatan Teras Pembangunan Masyarakat Felda Lubuk Merbau
Akibat faktor usia, ramai peneroka yang sudah tidak turun ke ladang, terutamanya kaum wanita. Kebanyakan mereka ini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Antaranya adalah dengan menjual dan mengambil tempahan membuat kuih bahulu, rempeyek, muruku, mini popia kering dan kuih kacang.
Industri menjual makanan ringan ini mendapat sambutan dari penduduk setempat atau pekan terdekat kerana tidak ramai orang yang tahu cara-cara membuat kuih-muih tradisional tersebut dengan baik. Selain itu, terdapat juga penduduk kampung yang mengusahakan gerai-gerai kecil sebagai pendapatan sampingan mereka.
PERUSAHAAN DI FELDA LUBUK MERBAU |
BILANGAN |
Pembinaan keperluan bina bangunan |
4 buah kedai |
Pembuatan kimpalan besi, hardware |
5 buah kedai |
Penyediaan makanan seperti keropok, peneram, bahulu |
20 orang |
Ternakan/Perikanan ikan, ayam, lembu, kambing |
40 orang |
Contoh Kedai Perusahaan FELDA |
HARDWARE |
Sektor Penternakan Yang Terdapat Di Felda Lubok Merbau
Sektor penternakan turut menjadi pilihan penduduk setempat memandangkan faktor tanah di sini yang luas dan suasananya aman dan damai. Terdapat dua jenis penternakan yang diceburi penduduk di sini iaitu ternakan lembu dan ayam. Mereka memilih ternakan ini kerana ia tidak memerlukan modal yang besar tetapi mendapat keuntungan berlipat kali ganda serta tidak memerlukan penjagaan rapi dan rumit kerana mereka masih mempunyai kerja lain dalam bidang pertanian.
Penternakan Lembu Penternakan Ayam
(Sumber : Penduduk tempatan Felda Lubuk Merbau)