Tarikh | : | 22 November 2017 |
Masa | : | 9.30 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubok Merbau |
Tujuan
Program ini memberi peluang kerjasama antara Pusat Internet dengan Pusat Literasi Keluarga Felda Lubok Merbau dalam meraikan tamatnya kelas literasi bagi tahun 2017.
Aktiviti
Aktiviti utama adalah penyerahan sijil tamat kelas literasi kepada anak-anak yang mengikuti kelas literasi sepanjang tahun 2017. Seramai lapan orang anak kecil yang menyertai kelas literasi. Selain itu, diadakan juga aktiviti sampingan untuk anak-anak dan ibu bapa. Antaranya ialah Pertandingan Pakaian Beragam, Pertandingan Lekatan, dan Pertandingan Gubahan Ros Pandan. Pihak Pusat Internet Felda Lubok Merbau turut menyelit acara Promosi seperti Dashboard Komuniti dan kempen Klik Dengan Bijak.