Tarikh | : | 30 November 2017 |
Masa | : | 12.00 Tengahari – 2.00 Petang |
Lokasi | : | Perkarangan JKM Trigona Farm, Kuala Nerang |
Tujuan
Majlis kesyukuran ini diadakan bagi meraikan kejayaan Usahawan Terbaik Peringkat Nasional iaitu Puan Isma Afifi Mat Aris dan suaminya iaitu En Mohd Riban bin Zainol serta kejayaan Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap sebagai Kluster Terbaik Peringkat Kebangsaan.
Aktiviti
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Badrol Hisham Bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Nerang. Tetamu VIP yang turut hadir termasuklah Encik Nazri Bin Ahmad, wakil kepada Pegawai Daerah, En Yuzaidi Bin Azmi, Pegawai Pertanian Daerah Padang Terap, Encik Ismail Bin Othman, Pengarah SKMM Wilayah Utara, Encik Faizal bin Azizan, Ketua Pejabat SKMM Kedah, pegawai-pegawai SKMM NRO, Encik Nik Mohd Nasir Bin Nik Megat, Pengurus Wilayah Utara MSD Digital Intelligence serta ketua-ketua jabatan dari agensi sekitar daerah Padang Terap. Semoga kejayaan ini akan berterusan dan kami dari pihak Pusat Internet 1Malaysia berharap akan ada ramai lagi usahawan-usahawan di sekitar kawasan Padang Terap ini berani mencuba dan berjaya seperti Puan Isma dan suaminya. Terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir.