Tarikh | : | 02 Oktober 2017 |
Masa | : | 8.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi | : | Bendang Telaga Batu, Kg. Padang Setol |
Tujuan
Program ini memberi peluang kerjasama antara Pusat Internet 1Malaysia dengan agensi lain khususnya Pejabat Pertanian dalam menyumbangkan khidmat urusetia dalam program yang dijalankan. Aktiviti yang diselitkan iaitu Advokasi Dashboard Komuniti & KDB mendedahkan peranan dan fungsi Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian termasuklah pameran baja, racun, demo penggunaan teknologi drone untuk proses menabur baja serta kemuncaknya adalah Majlis Penyerahan Kunci Makmal Tisu Culture Pisang dan Orkid yang disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi. Turut hadir adalah YB Kama Noriah Ibrahim, ADUN Pedu.
Petugas Pusat Internet 1Malaysia diberi amanah selaku urusetia yang turut membantu menjayakan majlis selain turut mengambil peluang membuat pameran dan aktiviti Dashboard Komuniti & KDB bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Lebih menarik lagi, Projek diserahkan kepada Wakil Belia iaitu En. Zulkifli iaitu Penolong Pengurus PI1M Belimbing Kanan. Selain itu, turut diberikan benih anak pokok rambutan dan baja kepada pengunjung yang hadir.
_____________________________________________________________________________________