Tarikh | : | 22 Ogos 2017 |
Masa | : | 11.00 Pagi |
Lokasi | : | Perkarangan Masjid Kampung Tengah |
Satu Majlis Perasmian Pesta Emping telah diadakan bagi Peringkat Daerah Padang Terap di Perkarangan Masjid Kampung Tengah, Mukim Kurong Hitam, Kuala Nerang. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan itu dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Padang Terap dengan dibantu oleh Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap. Majlis itu dirasmikan oleh ADUN Kuala Nerang iaitu Yang Berhormat Dato’ Haji Badrol Hisham Bin Hashim. Turut hadir ialah ADUN Pedu iaitu YB Kama Noriah binti Ibrahim.
Pusat Internet 1Malaysia Kluster Padang Terap turut membuka booth sempena mempromosikan Dashboard Komuniti dan Klik Dengan Bijak.
_____________________________________________________________________________________