mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

PIFLM

 PIFLM

         

Pusat Sebaran Maklumat Nasional / NADI Felda Lubok Merbau, Padang Terap, Kedah Darul Aman mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional / NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Bhd dan MSD Digital Intelligence, yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Sebaran Maklumat Nasional / NADIuntuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Pusat Sebaran Maklumat Nasional / NADIFelda Lubok Merbau merupakan Pusat Sebaran Maklumat Nasional / NADI Fasa 2.

 

          Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional / NADI sebagai rangkaian utama kepada setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Hasrat ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Selain itu, ianya juga sejajar dengan kepesatan dan pembangunan perkhidmatan teknologi maklumat, kementerian berhasrat menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional / NADI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

 

   1. E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
   2. E-Pembelajaran (e-Learning)
   3. Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat
   4. Pusat Komunikasi
   5. Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian
   6. Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
   7. Khidmat nasihat yang berkaitan dengan ICT

 

Terdapat 10 buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di daerah Padang Terap yang dibahagikan kepada beberapa Fasa. Antaranya ialah :-

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Lubok Merbau     – Fasa 2

* Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Belimbing Kanan             – Fasa 2

* Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tanjung Kiri     – Fasa 2

* Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Tembaga       – Fasa 4

* Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Perik               – Fasa 5

* Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Belukar Luas  – Fasa 5

* Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Naka                    – Fasa 5

* Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Musa               – Fasa 8

* Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Tong Pelu        – Fasa 8

* Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Labi Tualak

 

IMG 0086 IMG 0087 IMG 0088

         

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Lubok Merbau juga turut dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan 20 buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner) Mesin Fotokopi (Photostat) , Mesin “Laminate” dan kemudahan internet yang berkelajuan tinggi dengan kadar bayaran yang berpatutan. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia Berhad (TM), di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.

 

          Sehubungan itu, Pegurus dan Penolong Pengurus komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat agar penduduk dapat melangkah maju ke hadapan seiring arus teknologi yang kian pesat membangun. Melalui Pusat Internet juga, perkembangan kemajuan ekonomi setempat dapat ditingkatkan melalui penggunaan dan kemudahan dalam penggunaan ICT.

Waktu Operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Lubuk Merbau

Dibuka : Setiap Hari

Masa : 9 Pagi hingga 6 Petang.
( Kecuali Cuti Umum )
Rehat
1:00 Tengahari – 2.00 Petang
12.30 Tengahari – 2.30 Petang ( Jumaat )

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Lubok Merbau dikendalikan Oleh 2 Petugas iaitu:-

b44ee978 10dd 4f09 9366 7e156e660529

1) Pengurus

Khairunisa Binti Ahmad

017-4226465

Tarikh Berkhidmat : 9 Mei 2013

Image00006

2) Penolong Pengurus

Mohamad Taufiq Bin Mohamad Tahir

011-32218963

Tarikh Berkhidmat : 11 November 2013


Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) FELDA LUBOK MERBAU

Jalan Pejabat, Felda Lubok Merbau,
06710 Pendang,
Kedah Darul Aman.

https://www.facebook.com/pi.lubokmerbau.3
 
MOTO

Mudah, Cepat & Mesra


MISI

Memacu Komuniti Digital


VISI

Melahirkan Komuniti Celik  IT


HARAPAN Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) FELDA LUBOK MERBAU :

  • Melahirkan masyarakat yang berdaya saing
  • Meningkatkan pengetahuan dalam bidang internet
  • Meningkatkan taraf ekonomi