SOSIOEKONOMI DI FELDA LUBUK MERBAU
REZEKI SUMBER PENDAPATAN
Sumber pendapatan utama penduduk di sini diraih menerusi penanaman terancang pokok getah dan kelapa sawit. Walau bagaimanapun, terdapat juga penduduk kampung yang melakukan pekerjaan sampingan bagi menampung kos hidup yang tinggi pada masa kini. Antaranya seperti mengambil tempahan menjahit, membuka kedai makan atau bekerja di pekan berdekatan dan sebagainya.
Bagi memudahkan urusan penjualan hasil perladangan, pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah menyediakan pusat pengumpulan getah dan kelapa sawit. Pembayaran akan diberi secara tunai dengan kadar segera mengikut harga pasaran. Alat penimbang berkomputer digunakan bagi menimbang berat kelapa sawit untuk memudahkan pengiraan harga setiap tan kelapa sawit.
Rezeki Hasil Pertanian.
Bidang pekerjaan |
% |
Petani |
94 % |
Buruh |
3 % |
Kerajaan |
3 % |
Pertanian Berasaskan Pokok Getah Dan Kelapa Sawit
Pertanian penting untuk negara kerana ia salah satu sumber yang menyumbang kepada faktor keseimbangan ekonomi negara. Kebanyakan penduduk di sini menyara keluarga dengan hasil tanaman kelapa sawit dan pokok getah. Hasil tanaman akan dijual terus kepada FELDA.
Selain itu, penduduk di sini juga menanam tanaman lain sebagai pendapatan sampingan seperti buah salak, pokok cempedak, pokok manggis dan sebagainya. Ada dalam kalangan petani yang berpendapatan sehingga mencecah ribuan ringgit sebulan. Bantuan baja dan benih daripada pihak FELDA juga banyak membantu peneroka di sini dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

Penduduk di Felda Lubuk Merbau majoritinya menjalankan pertanian berasaskan getah. Hal ini kerana ia mempunyai tanah yang baik untuk menanam getah. Keluasan ladang getah di Lubuk Merbau meliputi hampir separuh keluasan Felda Lubuk Merbau. Oleh itu mojoriti penduduk di sini mendapat sumber pendapatan daripada penjualan hasil getah. Di Felda Lubuk Merbau terdapat beberapa orang tengah yang bertindak sebagai peraih untuk menjual hasil getah terus kepada kilang. Antara pusat pengumpulan hasil getah yang terdapat di sini adalah Agensi Felda.

Projek Penanaman Cili Di Felda Lubok Merbau
|
Kebun Cili Di Belakang Pejabat Felda Lubok Merbau |
Projek penanaman cili di kawasan Felda Lubok Merbau merupakan satu rancangan program Persatuan Belia Lubok Merbau yang mendapat usahasama daripada JKKR dan Pejabat Felda Lubok Merbau. Permodalan awal projek ini adalah daripada kutipan Ahli Persatuan Belia Lubok Merbau dan pihak pendatdbir Felda Lubok Merbau telah menyediakan tanah penanaman cili di belakang Pejabat Felda. Keluasan projek penanaman cili ini adalah dalam anggaran 1 ekar. Projek penanaman cili ini merangkumi 2 fasa iaitu Fasa 1 sebanyak 200 pokok dan untuk Fasa 2 sebanyak 1,000 pokok. Projek penanaman cili ini bermula pada bulan oktober 2009 .
(Sumber : Pejabat Felda Lubuk Merba, JKKR, Persatuan Belia Lubok Merbau dan penduduk tempatan)