Tarikh | : | 04 November 2017 |
Masa | : | 8.00 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi | : | Perkarangan Masjid Kg Padang Nyior, Kuala Nerang |
Tujuan
Program dengan kerjasama JKK Kampung Padang Nyior dan Perpustakaan Desa ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti setempat khususnya penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti dan kempen panduan keselamatan penggunaan Internet secara bijak dan berhemah.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh JKK Kampung Padang Nyior dan Perpustakaan Desa seperti gotong royong dan sukan rakyat (sukaneka). Selain itu, petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat taklimat, aktiviti dan pertandingan kuiz bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Pertandingan Dam Ular KDB / Dashboard Komuniti, taklimat dan Kuiz ICT / KDB.