mcmc
Laporan Aktiviti

Program Advokasi Dashboard & KDB @ Jubli Emas Felda Lubok Merbau

Tarikh  :  28 Januari 2017
Masa  :  8.30 pagi – 5.30 petang
Lokasi  :  Perkarangan Dewan Orang Ramai Felda Lubok Merbau

 

IMG 0386 800x600

Tujuan

Program Advokasi Dashboard sempena Sambutan Jubli Emas Felda Lubok Merbau 50 Tahun. Tujuan diadakan program ini adalah supaya pengunjung lebih memahami apa itu Dashboard Komuniti dan fungsinya. Pengunjung juga dapat maklumat secara terus selepas download dan install aplikasi dashboard komuniti ke dalam smartphone sendiri. Malahan, pengunjung turut didedahkan tentang penggunaan internet secara betul dan bijak.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti dijalankan. Antaranya, kempen Mobile E-Waste, Pemeriksaan Tekanan Darah Percuma, Permainan Dam Ular Gergasi (KDB+Dashboard), Kuiz PI1M, Teka Berat Labu & Nenas, Download & Install Aplikasi Dashboard Komuniti ke dalam smartphone dan banyak lagi. Turut hadir ke program tersebut adalah Yang Berhormat Dato’ Seri Mahawangsa Dato’ Seri Diraja Haji Mahdzir bin Khalid SHMS, SSDK, DPMP, BKM, JP iaitu Ahli Parlimen Padang Terap merangkap Menteri Pendidikan Malaysia.

Galeri Gambar.

_____________________________________________________________________________________