Tarikh | : | 28 November 2017 |
Masa | : | 8.30 Pagi – 1.00 Petang |
Lokasi | : | Perkarangan Perpustakaan Desa Kg. Padang Nyior |
Tujuan
Program anjuran bersama Perpustakaan Desa Kampung Padang Nyior dan JKKK Kg. Padang Nyior ini adalah bertujuan untuk mendekatkan komuniti setempat dengan agensi berkaitan dengan tagline “1 Perpustakaan Desa Untuk Semua.
Aktiviti
Pihak Perpustakaan Desa telah mengatur pelbagai aktiviti bagi menarik minat pelbagai golongan komuniti pada program ini seperti Pertandingan Azan, Sukaneka Rakyat, Pertandingan Mewarna, Tayangan “Puppet Show” serta pameran dari agensi-agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Klinik Pergigian, LPPKN, Lembaga Zakat, IKBN, Kospen, Tabung Haji (TH) dan banyak lagi. Petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet . Antaranya termasuklah muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) ke dalam telefon bimbit, Pertandingan Makan Ramen, Musang Berjanggut dan Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health). Lebih istimewa lagi Pusat Internet Kluster Padang Terap ini turut menyediakan perkhidmatan kemaskini BR1M kepada pengunjung yang hadir.