Tarikh | : | 02 Mei 2018 |
Masa | : | 11.00 Pagi – 9.00 Malam |
Lokasi | : |
Pusat Internet Belimbing Kanan, Mydin Taman Saga, Alor Setar dan Hotel Residen Alor Setar |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim serta bersama -sama merasai suasana keseronokan dalam menyediakan kelengkapan untuk hari raya seperti pakaian lengkap buat mereka seperti kanak-kanak yang lain. Disamping itu juga , tujuan program ini, untuk mendidik petugas Pusat Internet supaya dapat lebih peka kepada bagingolongan yang kurang bernasib baik , serta mensyukuri nikmat yang sedia ada.
Aktiviti
Petugas berkumpul ke Pusat Internet Belimbing Kanan Kuala Nerang bagi menyediakan peralatan yang akan digunakan serta pembahagian anak-anak yatim mengikut petugas sebagai fasilitator ketika aktiviti membeli belah.
Solat Zohor berjemaah Di masjid Pulau Kijang serta taklimat ringkas kepada anak-anak yatim berkenaan aktiviti membeli pakaian raya.
Membeli belah kelengkapan raya di Mydin Alor Setar.
Menyampaikan sumbangan duit raya dan berbuka puasa bersama anak-anak yatim.