mcmc
Laporan Aktiviti

Program Kaunter Bergerak Bersama Agensi

Tarikh  :  23 November 2017
Masa  :  9.00 Pagi – 1.00 Petang
Lokasi  :  Pusat Internet Kg. Belukar Luas

 

6

Tujuan

Antara objektif yang ingin disasarkan adalah mendekatkan komuniti terutama warga emas dan golongan kurang berkemampuan dalam mendapatkan perkhidmatan di kaunter agensi berkaitan. Program ini juga dapat mewujudkan kerjasama dengan agensi dalam membantu keperluan komuniti dan mendedahkan peranan Pusat Internet Felda Lubok Merbau kepada komuniti sekitar khususnya penggunaan platform pelbagai guna iaitu Dashboard Komuniti (DK). Pendedahan maanfaat ICT diselitkan disamping panduan keselamatan penggunaan Internet bagi mengelakkan berlakunya jenayah Internet.

 

 

Aktiviti

Program ini mendekatkan komuniti dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Klinik Kesihatan, AADK dan Tabung Haji (TH) yang memberi kemudahan kepada komuniti dalam menyelesaikan pelbagai urusan rasmi. Petugas Pusat Internet turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet . Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Teka Jumlah Guli Dashboard Komuniti, Kuiz ICT / KDB, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-Waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak).

 

Galeri Gambar.