mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Ekonomi Digital Felda Lubok Merbau

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Lubok Merbau mula ditubuhkan pada Tahun 2009. Pada ketika itu, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK). Dilengkapi dengan kemudahan 20 unit komputer dan pelbagai kemudahan lain. Kemudian pada tahun 2015, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Lubok Merbau telah mengalami proses ubahsuai yang major selama hampir setahun. Bermula 14 Januari 2016, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Lubok Merbau mula beroperasi semula dengan wajah dan imej baru serta dilengkapi dengan penggunaan komputer yang terkini disertakan dengan Wifi Kampung kepada Komuniti Felda Lubok Merbau secara percuma.